Monday, September 27, 2010

++ BaGaImAnA HaRuS AkU KaTaKaN.. ++



Baru sekejap tadi mak aku call... soalan pertama yang mak aku akan tanya adalah tentang si dia.. * dia apa khabar? dia sihat? macam mana dengan pelajaran dia? dan banyak lagi.. * itulah soalan yang akan ditanya pada aku.. aku tahu, mak dan abah terlalu sayang kan dia...

Tadi mak aku cerita, yang pagi tadi mak dan abah bergaduh besar.. bukan gaduh apa, gaduh sebab mak kau xdapat jawap soalan yang abah aku tanya, abah aku tanya bile dia nak datang rumah beraya? lalu mak aku jawap, entah la, dia banyak keje, insyaallah ada masa dia datang, terus mak aku kena maki dengan abah aku...

Lantas aku terasa nak gelak besar pun ada dan sedih pun ada... aku terasa nak gelak bukan apa, hanya kerana dia xdatang dan jarang sms mak aku jer, parents aku bergaduh... Dan yang membuatkan aku sedih, aku terpaksa menanggung dosa, kerna menipu mak dan abah aku, aku terpaksa tipu diorang dengan menyatakan kami masih bersama.. padahal, dia dah bawa diri nun jauh di sana.. 

Selesai mak aku call, lantas aku mengalirkan air mata.. Sememangnya, aku tak mahu hubungan kami jadi sebegini.. kerna aku terlalu sayang kan dia.. aku cuba tidak menangis.. tapi bile kenangkan mak dan abah yang terlalu sayangkan dia.. aku tak mampu menahan air mata.. iye la.. mak dan abah dah xberapa sihat.. kesihatan abah pula makin menjadi-jadi... sekarang nie abah semakin kurus.. dan dia selalu lupa.. aku takut kalu2 dia xsempat datang jumpa abah aku...

Tapi apa kan daya aku, aku hanya mampu menipu... menipu dan terus menipu... supaya abah aku semakin sihat begitu juga dengan mak aku.. biarlah aku sorang saje yang terasa pahitnya.. asalkan mak dan abah aku gembira...

Hari nie genap 3 hari, dia memutuskan hubungan aku dan dia.. Tapi aku masih anggap bahawa yang kami masih bercinta dan berkasih seperti biasa.. Tapi aku tau, dia semakin bencikan aku.. Aku paham dia terlalu sibuk dengan pelajaran dia.. Tapi tergamak dia tinggalkan aku macam nie jer.. Tapi aku yakin sangat bahawa dia masih sayangkan aku... 

Cuma satu yang aku pinta... Cintailah aku hanya didepan mak dan abah aku saje... Aku tak mahu mereka menangis atas perpisahan kami... kerna aku tau, mereka sudah x lama, mereka sakit-sakit.. hanya itu saje pinta aku...  Aku berharap sangat dia membaca warkah aku ini...

Friday, September 24, 2010

* PaBiLa Si DiA MeNjAuHkAn DiRi *



Hubungan yang kian lama dibina, semakin hari semakin tenggelam.. Mak aku pulak,tiap hari sebut nama dia, bila nak datang,dia apa khabar, macam2 soalan mak tanya tentang dia.. Apa harus aku jawap.. Yang dia tu, susah sgt ke nak datang rumah nie beraya, bukan nyer suh datang basuh pinggan ke apa... suh datang makan jer... itu pun susah.. Macam2 alasan dia bagi, sibuk  dengan study.. tapi ada plak masa tuk update blog, sakit ati tul.. aku masuk hospital ker, aku sakit ke, dia xpenah ambik tau pun... 

Sudah la aku tak ramai kawan, "kawan untuk gembira memang ramai sangat,  tapi kawan untuk menangis satu pun susah nak dapat"... itulah terjadi kat aku.. aku sering hadapi masalah hingga aku hilang kawan2.. selain aku mengadu dengan Allah SWT, pada siapa lagi hendak aku mengadu??? aku hanya dapat pendam dalam hati.. menangis sorang diri, bawa diri...

Datuk Sosilawati yang dibunuh... kenapalah bukan aku ditempat dia... ternyata aku dah xsanggup hadapi hidup sebegini... aku sering berdoa agar umur aku xpanjang.. ye la aku hidup pun, bukan ada orang kisah pun, apa tah lagi aku mati, sudah tentu semuanya happy...ada bf pun xkisah dah... aku telah dia ketepikan...

Tapi xmengapalah, dia xtau yang aku sedang sakit... apatah lagi keluarga aku... semua xtau yang aku sakit.. biarlah ia terbongkar ketika aku telah tiada nanti...


Hayatilah Lirik Lagu Ini....
*ku tujukan lagu ini kepada si dia yang Tersayang...

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Sunday, September 5, 2010

AkU InSaN BiAsA DaN MaLaNg...


Aku tidak menyangka, pagi nie ibu memarahiku kerana aku selalu ketempat belajarnya. Bagi aku, ianya satu perkara biasa. Tetapi kali ini benar2 lain, aku tidak sangka ibu benar2 marah sehinggakan ibu mengeluarkan kata-kata begitu menyetuh hati ku ini, "ini dah cukup melampau, asyik kau jer yang pergi sana, kenapa kau tak suruh dia datang sini..." aku berdiam diri. lantas aku menjawap kepada ibuku, "ibu, dia cakap dia sibuk dengan pelajaran dia, jadi saya tak mahu menyusahkan dia, lagipun dia ada kelas hingga petang, macam mana nk jumpa? " aku hanya berdiam diri.. Lalu aku menyiapkan diri untuk keluar ke tempat kerjaku, 

Ketika sampai diselekoh, aku membelokkan kenderaan untuk menuju ke arah tempat belajarnya, hati dan pemikiran aku benar2 runsing. Iye lah hati manusia siapa yang tahu kan.. Setelah sampai, puas aku menghubunginya, tetapi malang langsung tiada jawapan.. Aku menunggunya seperti seorang perempuan yang paling bodoh. Hanya perempuan bodoh saja yang sanggup menunggu selama 3 jam, menunggu lelaki... Tapi tak mengapalah.. Niat aku suci, datang semata-mata untuk beri hadiah dan sedikit kuih raya yang dibuat oleh aku sendiri.. 

Entah la, kadang2 aku tak tahu mengapa aku jadi sebegini.. Aku tak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup aku..  Aku dah banyak buat silap, dan sehingga kini, aku melalui laluan yang salah... Tapi aku harus mengorak langkah kehadapan, apapun jua yang berlaku, aku tanggung sendiri, memang ada kekasih hati, tapi bagaimana.. kekasih hati sendiri pun dah malas dan naik muak dengar masalah aku, jadi kepada siapa lagi harus mengadu selain dari Allah SWT. 

Aku hanya dapat mengalirkan air mata ku saja.. aku berhadapan dengan hari-hari ku ini dengan bersendirian kerana ada kekasih pun sibuk dengan pelajaran.. hingga lupakan aku.. aku pasrah, dan aku redha dengan apa yang berlaku terhadapku.. 


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com