Monday, September 27, 2010

++ BaGaImAnA HaRuS AkU KaTaKaN.. ++



Baru sekejap tadi mak aku call... soalan pertama yang mak aku akan tanya adalah tentang si dia.. * dia apa khabar? dia sihat? macam mana dengan pelajaran dia? dan banyak lagi.. * itulah soalan yang akan ditanya pada aku.. aku tahu, mak dan abah terlalu sayang kan dia...

Tadi mak aku cerita, yang pagi tadi mak dan abah bergaduh besar.. bukan gaduh apa, gaduh sebab mak kau xdapat jawap soalan yang abah aku tanya, abah aku tanya bile dia nak datang rumah beraya? lalu mak aku jawap, entah la, dia banyak keje, insyaallah ada masa dia datang, terus mak aku kena maki dengan abah aku...

Lantas aku terasa nak gelak besar pun ada dan sedih pun ada... aku terasa nak gelak bukan apa, hanya kerana dia xdatang dan jarang sms mak aku jer, parents aku bergaduh... Dan yang membuatkan aku sedih, aku terpaksa menanggung dosa, kerna menipu mak dan abah aku, aku terpaksa tipu diorang dengan menyatakan kami masih bersama.. padahal, dia dah bawa diri nun jauh di sana.. 

Selesai mak aku call, lantas aku mengalirkan air mata.. Sememangnya, aku tak mahu hubungan kami jadi sebegini.. kerna aku terlalu sayang kan dia.. aku cuba tidak menangis.. tapi bile kenangkan mak dan abah yang terlalu sayangkan dia.. aku tak mampu menahan air mata.. iye la.. mak dan abah dah xberapa sihat.. kesihatan abah pula makin menjadi-jadi... sekarang nie abah semakin kurus.. dan dia selalu lupa.. aku takut kalu2 dia xsempat datang jumpa abah aku...

Tapi apa kan daya aku, aku hanya mampu menipu... menipu dan terus menipu... supaya abah aku semakin sihat begitu juga dengan mak aku.. biarlah aku sorang saje yang terasa pahitnya.. asalkan mak dan abah aku gembira...

Hari nie genap 3 hari, dia memutuskan hubungan aku dan dia.. Tapi aku masih anggap bahawa yang kami masih bercinta dan berkasih seperti biasa.. Tapi aku tau, dia semakin bencikan aku.. Aku paham dia terlalu sibuk dengan pelajaran dia.. Tapi tergamak dia tinggalkan aku macam nie jer.. Tapi aku yakin sangat bahawa dia masih sayangkan aku... 

Cuma satu yang aku pinta... Cintailah aku hanya didepan mak dan abah aku saje... Aku tak mahu mereka menangis atas perpisahan kami... kerna aku tau, mereka sudah x lama, mereka sakit-sakit.. hanya itu saje pinta aku...  Aku berharap sangat dia membaca warkah aku ini...

0 comments:

Post a Comment


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com