Aku tidak menyangka, pagi nie ibu memarahiku kerana aku selalu ketempat belajarnya. Bagi aku, ianya satu perkara biasa. Tetapi kali ini benar2 lain, aku tidak sangka ibu benar2 marah sehinggakan ibu mengeluarkan kata-kata begitu menyetuh hati ku ini, "ini dah cukup melampau, asyik kau jer yang pergi sana, kenapa kau tak suruh dia datang sini..." aku berdiam diri. lantas aku menjawap kepada ibuku, "ibu, dia cakap dia sibuk dengan pelajaran dia, jadi saya tak mahu menyusahkan dia, lagipun dia ada kelas hingga petang, macam mana nk jumpa? " aku hanya berdiam diri.. Lalu aku menyiapkan diri untuk keluar ke tempat kerjaku,
Ketika sampai diselekoh, aku membelokkan kenderaan untuk menuju ke arah tempat belajarnya, hati dan pemikiran aku benar2 runsing. Iye lah hati manusia siapa yang tahu kan.. Setelah sampai, puas aku menghubunginya, tetapi malang langsung tiada jawapan.. Aku menunggunya seperti seorang perempuan yang paling bodoh. Hanya perempuan bodoh saja yang sanggup menunggu selama 3 jam, menunggu lelaki... Tapi tak mengapalah.. Niat aku suci, datang semata-mata untuk beri hadiah dan sedikit kuih raya yang dibuat oleh aku sendiri..
Entah la, kadang2 aku tak tahu mengapa aku jadi sebegini.. Aku tak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup aku.. Aku dah banyak buat silap, dan sehingga kini, aku melalui laluan yang salah... Tapi aku harus mengorak langkah kehadapan, apapun jua yang berlaku, aku tanggung sendiri, memang ada kekasih hati, tapi bagaimana.. kekasih hati sendiri pun dah malas dan naik muak dengar masalah aku, jadi kepada siapa lagi harus mengadu selain dari Allah SWT.
Aku hanya dapat mengalirkan air mata ku saja.. aku berhadapan dengan hari-hari ku ini dengan bersendirian kerana ada kekasih pun sibuk dengan pelajaran.. hingga lupakan aku.. aku pasrah, dan aku redha dengan apa yang berlaku terhadapku..
0 comments:
Post a Comment